MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
Untuk pertanyaan, hubungi Whatsapp Sahaja : 0127799705 atau telefon/ sms 0127844524. PEMBERITAHUAN : Mulai Disember 2014 semua urusan boleh dibuat melalui satu talian sahaja iaitu 0127844524. Harap maklum.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, March 16, 2011

UPDATE VLOG DI SEDENAK


ASSALAMUALAIKUM wbt


"OHHHHHH! Ini Sedenak......" Melopong-lopong mulut saya dan ER sebaik sahaja kami mendarat di Sedenak. Kalau selalunya cuma teropong-teropong sahaja papan tanda keluar lebuhraya ke Sedenak dan Kulaijaya, kali ini kami menjejakkan kaki di daerah yang penuh misteri ini. Kenapa misteri??? Sebab di sinilah tinggalnya seorang jejaka yang menjadi igauan ramai makcik-makcik dan kakak-kakak yang ingin sangat bersua empat mata dengan beliau dan merasai keenakan juadah air tangannya.


Apabila menerima sms dan mesej peribadi melalui facebook dari Ayu di Citarasa Rinduan, saya pada mulanya hampir pasti tidak akan dapat menunaikan permintaan Ayu memandangkan ER bukanlah jenis orangnya yang suka berjalan-jalan ke rumah orang tanpa tujuan yang penting seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi tidak sangkalah pula ER menyalakan lampu hijau bila saya menceritakan tentang jemputan dari Ayu dan CMG sendiri. Tapi congak punya congak, pada tarikh tersebut kakak dan adik saya akan pulang ke JB dan datang ke rumah saya kononnya untuk memberi kejutan sempena hari lahir ibu. Saya menceritakan keadaan saya kepada Ayu, sebenarnya malu juga sebab dah banyak kali menolak pelawaan Ayu, setiap kali macam ada saja alasan tapi pada pagi Jumaat lepas Kak Yatie di Sinar Kehidupanku telah memujuk saya untuk pergi ke Sedenak. Saya nikan sebenarnya jenis yang penyanyang tau, jadi bila Kak Yatie tu pujuk-pujuk dengan penuh sifat kekakakan (bukan keibuan ya) saya memberi tempoh sampai petang untuk memberi jawapan. SMS dihantar kepada ER dan ER setuju tapi masalahnya saya tak dapat bersaing dengan Ayu. Malam itu saya mendapat alamat rumah CMG dan berkali-kali cuma dicari di GPS tapi tak dapat dikesan. Nasib baik ada Legend Golf Resort dan berpandukan golf resort ini dan arahan yang diberikan CMG ketika saya menelefonnya malam itu akhirnya petang redup itu kami sampai juga di sana yang disambut dengan daun-daun berguguran.


Malunya rasa pertama kali bertemu dengan rakan-rakan blogger yang lain dan saya percaya mereka pun malu-malu kucing juga. Tapi pasal makan memang tak malulah... rugi wooo kalau malu alamatnya lapar jadi makanlah dengan sopannya... huk.. huk.. huk. Malu punya pasal takut dituduh kuat makan (memang punnn), saya melepas nak makan puff dengan coklat chip CMG. ER yang tak berapa nak malu tu menjadi wakil makan puff untuk saya dan responnya.. sedap! ER kalau tak iya-iya takkannya dia nak kata sedap tau.



Sempatlah juga saya berborak dengan Mak Yah yang bercerita tentang kesakitan di tulang pinggulnya sejak akhir-akhir ini. Dalam keadaan yang sakit itupun Mak Yah tetap senyum melayan tetamu dan sporting bila diajak bergambar. Masa menghantar pinggan makan di dapur tanpa sempadan tu sempatlah juga saya bergambar dengan dapur CMG, oven CMG dan almari antik CMG. Gambar dengan tiffin biru tu mesti dah tengokkan... gambar dengan CMG nak tengok tak????





Sebenarnya wajah CMG bukanlah misteri lagi bagi saya, maklumlah saya ni mempunyai firasat yang agak kuat, bila melihat gambar-gambar yang dipostkan kawan-kawan yang pernah bertemu dengan CMG saya boleh cam yang mana satu CMG.. hehehe. Tapi yang pasti biarlah ia terus menjadi MISTERI.....



Apalah yang Ben soal bersungguh-sungguh tu ya, nak tau???

Klik gambar untuk mendengar apa agaknya yang dibualkan mereka berdua ni...

Banyak lagi cerita tentang vlog ni di blog blogger lain dalam gambar atas sekali tu. Silalah google sendiri ya dan khabarnya selepas ini Ben akan membuat pertemuan blogger di setiap negeri jadi nantikan kedatangan beliau ke tempat anda pula... Tungguuuuuuuuuuuu!!!

20 comments:

  1. uwaaa Yus, siap gambar dngn oven dan makyah lagi..seronoknya....nampaknya akak nak kena pergi lagilah umah Mat..hp Seri tu pun tak ambek lagi....mmng nak kena pergilah tuuuu....

    ReplyDelete
  2. wah wah..siok jumpa jejaka idaman ..hikhik

    ReplyDelete
  3. Kak Yatie, mesti Seri sengaja tinggalkan handphone tu... wakakah!

    ReplyDelete
  4. Izahdaut, yang mana satu jejaka idaman Izah ni..??? (sambil menggaru2 dagu.. huhuhu)

    ReplyDelete
  5. Salam Yusa...

    Wah seronok ye ke Sedenak. Siap kena ambil attendence lagi ye.. hehe...

    ReplyDelete
  6. MamaFami, ambil atttendance tu utk claim mileage... hehehe

    ReplyDelete
  7. huaa...tu la kan...lain kali dtg umah cik mat lia x nak malu2 lagik...dek kerana malu2 lah lia x sempat pun nak menjemah semua masakan cik mat...dapat makan nasi ayam n kuih bakar jer...bila tgk gmbr cheese cake tu t'liur la pulak...( padan muka sya...uhuksss...)

    ReplyDelete
  8. seronok dgr cerita
    vlog tu....meriah jer nampak dapat lak merasa mskkan CMG yg sedap tu..bestnyer...btw selamat hari lahir juga buat mak akak semoga sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
  9. Mamamya, kesian, malu punya pasal ya... lain kali malu2 ayam tak per... kih3

    ReplyDelete
  10. AngahSayang2314, seronok tapi yg tak seronoknya akak terkejar2, tak smpat duduk lama2 & berkenal lebih mesra..

    ReplyDelete
  11. Nieza, terima kasih, mmg meriah, mskn CMG mmg sedap, agaknya kalu Chef Wan mkn pun tak mo balik... hehe

    ReplyDelete
  12. boleh jugak join2 ni...merapatkan silaturahim...

    ReplyDelete
  13. wah bestnya jumpa reramai kan.. heee

    ReplyDelete
  14. Hello from SPAIN VIGO .. I am friends with Hann and I have drawn you in your blog ... I love to share recipes and friendship .. so I invite you to share my recipes and blog .. hugs MARIMI

    ReplyDelete
  15. tu dia...
    dah syer entry ttg kisah bersantai itu hari..
    serius nak habaq...mmg best tau...
    terima kasih sbb sudi join yer kak yus...
    kirim salamen suamimu
    ayu dapat bersembang lama gak masa kat luar..sila jgn jeles...
    best gak bebual ngan en suamimu

    ReplyDelete
  16. gLAMOUR LAH OVEN SAYA..HAHAHHAA.

    ReplyDelete

komen anda amat dihargai... terima kasih

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?