MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, March 15, 2011

SELAMAT HARI LAHIR IBU

ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH belum terlambat lagi rasanya untuk saya merakamkan ucapan
Selamat Hari Lahir untuk ibu tersayang, Puan Siti Ramlah Binti Kipit
yang dilahirkan pada tanggal 14 Mac 1941.
Kini usia ibu telahpun menjangkau 70 tahun. Alhamdulillah, ibu masih sihat, kalau demam-demam dan sakit lutut tu biasalah, orang dah berumurkan.


Kek kegemaran saya semestinya Cheese Cake saya dedikasikan di hari lahir ibu.
Kalau selalunya saya buat blueberry cheese cake, kali ini saya buat perisa strawberry kerana terbayang-bayang rupa kek CMG masa vlog tu... hehehe.
Sebenarnya ini kek saya yang kedua. Yang pertama tu berderai, mungkin silap saya sendiri kerana menggunakan loyang yang agak kecil dengan harapan kek itu akan menjadi tinggi sedikit macam strawberry cheese cake yang saya nikmati di rumah CMG kelmarin.

ini kek kat rumah CMG... memang gebu gebas, lambat sikit mesti melepas! Hohoho...

Itupun lepas tiga kali keluar masuk oven, barulah masak.
Ha, ambik, jangan ingat saya tak pernah gagal buat kek, cuma kek-kek yang tak lulus tu selalunya taklah pernah dibuang sebab anak saya sentiasa sudi menghabiskannya.
Cuma rupanya yang buruk tapi rasanya tetapppppp sodap! hik.. hik.. hik...

yang mana satu ibu??? semua dah macam adik beradik... yang baju gaun merah tu adik bongsu kami.. percaya tak??? hihihi

Acara makan-makan telah berlangsung dua hari sempena hari lahir ibu. Maklumlah, saiz kami semua besar-besar jadi kalau ada apa-apa hari istimewa tu tak puas kalau buat sehari... hehehe. Dari makan-makan di luar (order & bayar) sampailah acara masak-masak dan makan-makan di rumah yang telah menjadi tradisi setiap kali hari lahir ibu. Semoga ibu akan terus dianugerahkan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk melihat cucu-cucunya membesar...

Amin Ya Rabbal Alamin.

9 comments:

  1. hah?? yg gaun merah tu pun anak ibu eh Sari? aduih...mmg tak caya!! betul? ehhehe.. selamat hari lahir buat ibu Sari ye.. kek cheese strawberi tu nampa sgt menggugat jiwa!

    ReplyDelete
  2. The cheesecake looks very yummy, I feel so much tempted to have that cake and my wishes to your mother.
    Following your blog sister :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir buat ibu kak Sari =) moga sihat2 hendaknyer. chomey kek.. tun pon suka makan cheesecake, tp biasa buat yg ada crust.

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir buat ibu sari..alhamdulillah..masih sihat dan bahagianya sari masih punya ibu tempat bermanja..

    ReplyDelete
  5. salam
    kak saya baru kenal blog kak...erm boleh tak saya nak tanya kek jual blueberry cheese tart tu brapa??kalau tak keberatan boleh tak cakap berapa kak jual FB saya siti sajada ishak..tq kak

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir ibu..eh, auntie! semoga terus dilimpahkan keberkatan..amin~

    *geramnya tgk ciskek tuhhh~~~

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir makcik...semoga diberi kesihatan yg baik...bahagia bersama anak2 dan cucu....
    sob..sob..sob...akak dh takde mak..

    ReplyDelete
  8. wah!! mantap kek kak sari utk ibu..
    happy belated ibu...


    semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
    PS: ayu terkejut lah kalau si baju merah itu adik bungsu kak yus.....tapi..kenyataan....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Sari,

    selamat hari jadi pada ibu Sari, moga dipanjang usia, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg mantap.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI KEDUA

Assalamualaikum... WALAUPUN Sk jangkakan yang SK mungkin tidak tidur semalaman seperti yang Sk alami semasa mengikuti Kursus Induks...